Kenang Kembali.......
Pejam celik, pejam celik dah lebih 2 tahun aku x berdamping dengan besi-besi ni. Rasa ketagih nak bau besi sentiasa ada. Sejak dipostingkan, aku terus tidak memegang dan menyentuhnya. Untuk pengetahuan orang-orang blog sekalian, gambar aku dgn pakcik kat atas 2 adalah merupakan sebuah hasil seni arca yang mempunyai identitinya tersendiri. Time ni aku sebagai assistant kepada lecturer aku, minat pada seni arca besi ni timbul bila aku melihat setiap karya yang dihasilkan lecturer aku atau nama mesranya en.din seolah-olah hidup dan berdialog dgn manusia. Bermula saat itulah, dgn muka x berapa malu aku minta diajar beberapa skill asas untuk berjinak-jinak dengan besi. Dari sebatang "steel mile" aku bermula, sehinggalah dapat membentuk menjadi sebuah arca walaupun bentuk asasnya en.din yang hasilkan. Skill yang aku dapat amat berharga.Secara tidak langsung aku menjadi mahir dalam jurusan welding mewelding dgn menggunakan gas. Sekadar mengisi masa lapang iaitu semasa menunggu utk dipostingkan.Niat utk meneruskan kegiatan seni ini memang ada tapi mungkin suatu hari nanti. Melihat percikan api ini, akan membuatkan aku rasa puas.


Ni member seperjuangan aku Ajied...Woi jied hang ingat lagi x time ni..dah mcm model hardware aku tengok...wakakaka...


Hensem gak kita jied kat bawah ekor menatang ni...woi jied, mata hang jgn tngok kmra, api tngah galak tuh...fuhhh, dengerous btul...



Aku , Ajied dan En Din

Thanks....
0 Responses

Post a Comment

  • Powered By Blogger

    About Me

    My photo
    Aku belajar, bahwa orang yang aku rasa tidak baik, justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali serta orang yang begitu perhatian pada aku....

    Search This Blog

    Followers